Selasa, 16 November 2010

HANCURNYA HATIKU KERANAMU SUAMI

Tanggal 24.01.2003 aku sah bergelar isteri kepada andi insan yang aku cintai.Perkenalan kami amat singkat iaitu 8 bulan sebelum di ijab kabul dalam susana yang amat menyedihkan bagi aku,ini kerana pernikahan ini tidak di restui oleh ibu ku.malah aku sebagai anak bongsu perempuan cuma menikah di pejabat agama di tempat ku yang cuma di hadiri bapa amat ku sayangi kerana memahami kehendaku walau berat hatinya melepaskan.Di sebelah suamiku pula di hadiri ipar2ku dan ibu mertua serta ayah.Inginku nyatakan di sini,aku sebenarnya bukanlah menantu pilihan ibu mertuaku.Tapi kerana suami beriya2 ingin mengambilku sebagai isteri mereka tidak dapat menolak permintaan anaknya,kerana suamiku adalah anak lelaki kesayangnya.Cuma dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada insan yang ku panggil andi.Airmataku mengalir,tetapi aku sendiri tidak tahu airmata itu mengalir kerana gembira atau sedih.Selepas akad aku mengikut suami balik ke rumah mentua dalam erti kata lain aku tinggal sebumbung bersama mentua.tetapi bagiku itu tidak menjadi masalah walaupun aku tidak di sukai.Walaupun agak kekok tapi aku cuba mengawal perasaanku,sudah masuk 3 hari aku di situ tapi aku tidak di layan dengan mesra oleh adik2 ipar perempuanku.Mak dan ayah mentua pun tidak mesra.Pernah mak mentuaku membahasakan dirinya makcik di hadapan birasku iaitu menantu kesayangnya,waktu itu betapa malunya aku allah je yang tahu.aku cuma bole menangis dalam hati.Aku pernah mengadu kepada suami,tapi suami buat tak tahu..seminggu sudah aku tinggal di situ,suami sudah mula bekerja..untuk pengetahuan pembaca suamiku bekerja di jabatan kerajaan.aku pula cuma suri rumah,kerana suami tidak mahu aku bekerja sebab takut gaji yang aku dapat lebih besar daripada dia.Aku akur dgn permintaan suami walaupun terpaksa.Hari pertama suami pergi kerja,aku sudah bangun seawal 5 pagi untuk membuat sarapan.kerna aku tidak mahu suami ke tempat kerja dengan perut kosong.Waktu 2 aku berasa bahagia dan gembira kerana dapat menyediakan sendiri sarapan untuk suami dan semua yang ada dalam rumah itu.suami bangun dan mandi bersiap pegi ke tempat kerja,tapi waktu itu aku berada di dalam bilik mandi kerana mencuci pakaian yang terlalu banyak walaupun ada mesin mentuaku tidak membenarkan aku mencuci pakaian mengunakan mesin alasan baju kotor kalau di cuci dengan mesin.tapi sebagai menantu yang ingin mengambil hati aku akur dengan permintaan mentua.Pada waktu yang sama aku berasa kecil hati kerana suami cuma memberitahu mentua yang dia hendak pergi kerja tapi aku seolah2 tidak wujud di situ walaupun dia tahu aku berada di dalam bilik mandi dan pintu terbuka.Tapi aku membuat kesimpulan sendiri mungkin suami terlupa memberitahuku.Hari demi hari ku lalui tapi tidak pernah aku rasa terbeban dengan tanggungjawb sebagai seorang isteri dan menantu.Masuk bulan ke 3 aku berkahwin,aku di sahkan mengandung tapi reaksi suami cuma selamba.Tapi bagiku,aku tidak kisah asalkan suami sayangkan aku.Hari berganti hari,aku tetap dengan rutin harianku mencuci baju dengan tangan.Ada juga jiran sebelah menegurku dan bertanya kenapa aku mencuci baju mengunakan tangan dan mengangkat baldi berat sedangkan aku mengandung awal bulan,mungkin boleh mengakibatkan keguguran.Sebenarnya banyak kali sudah aku mengadu kepada suami tapi aku di marahi.Jadi aku mengambil keputusan untuk berdiam diri,tiba hari pernikahan adik iparku aku sekali lagi terkejut apabila terbaca masej yang masuk ke hp suamiku.'syg bila nk dtg ke cni,sy rindukn syg'.Betapa hancur luluh hatiku waktu itu,lemah segala kudratku tapi aku cuba sembunyikan apa yang aku rasa,kerana tadak mahu merosakkan majlis.Keesokan hari aku bertanyakan suami mengenai mesaj itu tapi aku di tampar di hadapan mentuaku,waktu itu juga aku di katakan kurang ajar oleh mentua ku.Badanku di terajang tanpa belas kasihan,perlakuan suami cuma di lihat dengan mata oleh mentuaku.Bayangkan..apa aku rasa waktu itu,tiada siapa yang menolong,tiada mak,ayah,kakak dan abang di sisi untuk mengadu hanya airmata saja yang mampu mengalir.Bermula dari hari itu hidupku bertemankan airmata,sedangkan suami dan mentua gembira dengan keadaanku.Kerana tidak tahan di perlakukan begitu aku mengambil keputusan balik ke rumah orang tua ku secara senyap,sampai saja aku di rumah aku ingatkan mak akan menghalauku kerna tindakan aku dulu,tetapi kasih seorang insan bernama EMAK terhadap anak,mak menerimaku dengan hati terbuka.Malam aku sedang nyenyak tidur,aku berasa perut ku sakiti,tapi mana mungkin kandungan yang baru mencecah tiga bulan hendak lahir.Aku memberitahu mak dan aku segera di hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Alangkah terkejutnya aku bila di beritahu oleh dua doktor pakar bahawa kandunganku sudah gugur dan aku perlu di cuci segera.Bila doktor bertanyakan tentang suami aku cuma mampu berdiam diri,kerna aku sendiri tidak tahu DI MANA SUAMIKU.Doktor memberitahuku aku keguguran di sebabkan gegaran yang kuat seperti di goncang dan doktor mahu aku menceritakan apa yang sebenarnya yang terjadi supaya tindakan boleh di ambil,doktor itu seolah mengetahui apa yang terjadi tetapi mungkin dia mahu jawapan yang keluar dari mulutku sendiri.Di sebabkan sayangkan suami,aku tidak memberitahu pekara sebenar yang terjadi ke atas ku..doktor memberitahuku untuk bercuci mereka perlukan persetujuan suami untuk tandatangan,sayang seorang ayah terhadap anak,ayah pergi menemui suamiku di rumah,mujur waktu itu suami tidak ke mana2..keesokan hari suami datang ke hospital dalam keadaan terpaksa,suami tandatangan borang yang di minta.Aku lihat suami seperti tidak sedih dan sedang asyik menaip masej,sesudah aku bercuci aku di benarkan pulang suami menghantarku ke rumah tapi memberitahu dia hendak melihat perlawanan bola di stadium petrajaya kuching sarawak.Malam semakin larut bayang suami tidak nampak,hari berganti hari,bulan berganti bulan suami tetap tidak menjengukku di rumah mak.Akhirnya aku mengambil keputusan pergi ke pejabat agama islam untuk menuntut fasakh,surat telah suami terima tetapi ada sesuatu yang tidak kena dalam tuntutan aku.Aku dan suami di bagi kaunseling atas permintaan suami sendiri,tapi untuk apa aku tidak pasti kerna bukankah suami sendiri membiarkanku terbiar tiada tempat bergantung dan tergantung.Nak di jadikan cerita sewaktu di kaunseling oleh perempuan yang bergelar ustazah,aku berasa pelik kenapa aku yang di persalahkan dalam hal ini,ustazah itu seolah2 double standard.Suami semuanya betul tapi aku semuanya salah walau sudah berkali2 aku nyatakan kenapa aku meminta fasakh,(suami mempunyai perempuan lain,suami tidak member nafkah zahir dan batin,suami minum arak,berjudi dan selalu mendera secara fizikal dan mental terhadap saya.)itu yang aku katakan kepada ustazah tapi aku hanya membuang masa bercerita kerna aku juga yang di persalahkan.Ustazah itu meminta aku kalau hendak bercerai jangan lah buat fasakh aku bersetuju,dan suami pun bersetuju.Tapi sememangnya hati manusia kita tak pernah tahu,aku ter4kejut membaca borang perceraian suami kerna aku sebagai defenden.Di dalam borang peceraian suami nyatakan aku nusyuz,aku hanya mampu terduduk.NUSYUZKAH AKU WALAUPUN PATUH KEPADA SUAMI SEDANGKAN SUAMI BERBUAT SESUKA HATI TERHADAPKU?Aku di cerai dengan talak satu tanpa banyak soal,sebulan aku bergelar janda muda di usia 21 tahun,waktu itu ramai lelaki yang datang meminang tapi ku tolak ada yang lebih muda dariku setahun tapi aku tolak kerna masih sayangkan suami.Aku tidak tahu kenapa cintaku tak pernah pudar terhadap suami walaupun sudah di ceraikan,aku akui aku memang seorang yang cantik berbanding suami yang selalu di katakan tidak sepadan denganku,tapi aku tetap cntakan suami.Hari berganti hari suami menghubungiku minta di rujuk semula,tanpa berfikir panjang aku setuju walaupun di tentang hebat oleh kedua2 pihak.Tapi kerna cintakan suami emak akur dan menerima suami dengan hati yang terbuka,aku hidup bahagia dan di sahkan hamil.Suami pun turut menunjukkan yang dia gembira dengan kehamilanku,cukup tempoh untuk bersalin anak yang ku anggap kedua itu aku selamat melahirkan anak lelaki yang comel seberat 2.7kg di hospital pakar normah kuching.Selepas usia anakku setahun suami di transfer kan di satu daerah lain yang agak kecil dan aku mengikut suami.Tahun 2004 sehingga 2006 memulakan detik derita hidupku,suami selalu menampar,memukulku kadang2 di terajang dan aku pernah di tampar di pukul menggunakan tali pinggang di hadapan kawan suami yang berlagak baik di hadapanku seolah2 dia lah yang paling suci.Waktu itu aku sudah mengetahui suami menyimpan perempuan indn yang bekerja di pub belakang rumah kami.Dan aku sudah banyak kali terjumpa masej yang di kirimkan perempuan itu masej yang berahi.Hari2 ku lalui dengan airmata,mak dan kakak lah yang banyak berkorban untuk.Bayangkan hendak membeli susu anak pun aku tak mampu sedangkan suami mampu menyara perempuan yang bernama lia itu,hati mana yang tidak sedih dan mak mana yang tidak menangis melihat anak cuma minum air suam.Pernah aku terfikir hendak membawa anakku terjun dari bangunan tempat suami bekerja tapi di halang oleh abangku dan memberi kata2 semangat kepadaku.Dan banyak kali report polis telah aku buat tapi aku tarik balik kerna suami memujukku,sehingga lah aku bertemu seorang ustaz yang berjaya memulihkan suamiku,alhamdullilah suami menjadi baik,tapi pengaruh kawan suami menjadi lebih teruk.Hari2 aku menangis kerna di pukul di hadapan anak kecilku,anakku seolah2 tahu apa yang terjadi dan setiap kali aku di pukul anakku pasti akan memelukku..semua jiran tahu akan apa yang terjadi,DIMANAKAH MARUAHKU SEBAGAI SEORANG ISTERI?Kalau di bandingkan aku dengan perempuan itu macam langit dan bumi.Tapi tuhan maha adil..suami di paggil oleh bos untuk di beri kata 2 samaada berubah atau di berhentikan kerja kerna melakukan penderaan ke atasku,aku hairan macam mana bos suamiku boleh tahu apa yang terjadi rupanya staf yang ku panggil kakak itu yang memberitahunya kerna tidak tahan melihat keadaanku.Untuk pengetahuan pembaca aku duduk di kuaters kerajaan,apa yang berlaku semua boleh dengar.Suami mulai berubah dan menjadi semakin baik cuma tidak pernah solat,tapi aku tetap bersyukur suami berubah.Dan dalam masa yang sama aku menyimpan dendam terhadap suamiku juga dan dendam terhadap 3 kawannya yang pernah menghancurkan rumahtanggaku,DENDAMKU AKAN KU BALAS DAN BAWA SAMPAI MATI TERHADAP SUAMI DAN MEREKA.Tahun berganti tanggal 2007 aku selamat melahirkan anak perempuan itu menambahkan lagi bahagia rumahtanggaku tapi bg ku bahagia telah lama hilang dalam hidupku,aku menjalani dan menjaga anak2ku sendiri di temani suami sewaktu berpantang,dan bila anakku berusia 3 bulan mentuaku membuat baik terhadapku dan itu adalah kali pertama aku melihat dia tersenyum kepada aku dan melayanku sebagai menantu..tapi hatiku tetap berdendam dan mengatakan itu semua lakonan semata ker mentuaku hendak pergi mekah tapi tidak di ketahui bila.SEKARANG kehidupanku berubah aku juga tidak mahu tahu ke mana suami ku pergi dengan siapa apa di buat suami dan suami nampak perubahan aku.Dulu semua aku nak tahu tapi sekarang semua aku tak nak tahu,kerna hatiku telah jatuh cinta sekali lagi terhadap seorang lelaki yang jauh lebih muda dariku.Dia lah tempat aku meluahkan isi hatiku yang bertahun2 ku pendam dia lah yang byk membantu ku dari segi kewangan kerna dia mempunyai perkerjaan tetap dengan pasukan beruniform.Sejak aku mengenali nya aku rasakan kebahagiaan dan aku di beri kasih sayang sepenuhnya yang aku tidak pernah dapat dari lelaki bernama suami.Baru2 ini suami mengetahui hubungan cintaku dan suami memarahiku sepuas2nya tapi waktu itu aku mendengar suara suami seolah2 menyanyi

1 ulasan: